Thursday, 9 July 2015
Hanya padaMu
Aku tau Allah tu sedang menguji. Ya Allah Kau kuatkan hati aku, Kau tabahkan aku dan Kau kuatkan semangat aku walau apa pun terjadi. Kau tunjuk apa yang aku perlu tau, apa yg benar dan apa yg tak, Kau bantu lah aku Ya Rabb sesungguhnya aku ini hanya seorang hamba yg hina. Kepada Mu aku mengadu nasib dan kepada Mu aku memohon pertolongan sesungguhnya Kau sahaja yg Maha Berkuasa. Sesungguhnya Kau akan menduga seseorang itu mengikut kemampuannya. Jadikan aku seorang yg penyabar dan redha dengan setiap ketentuanMu. Demi namaMu ya Allah, aku sayang dia, aku nak jaga dia, aku nak bimbing dia. Kekalkan hubungan kami ini ya Allah di dunia dan akhirat. Aku yakin ada hikmah kau hadirkan seseorang ini utk aku. Jagakan dia utk aku ya allah, lindungi dia dr bahaya, keburukan dan aniaya org. Sesungguhnya Kau yg Maha Besar. Amin.