Assalamualaikum. Lama aku tak jejak dekat sini kan ? Rindu blog aku yang tak berapa nak cantik ni tapi penuh dengan kata yang tak mampu aku luahkan dengan lisan. Fikiran yang serabut dan suasana sekeliling yang membuatkan sedikit tekanan menghimpap aku satu persatu. Dari situ aku belajar sesuatu iaitu apa erti kehidupan yang sebenarnya. Korang nak tahu apa ertinya ? Mari sini aku ceritakan.
Sebab benda yang kecil orang akan besar besarkan,
Yang dulunya baik saja bagai tiada benda yang akan menghancurkannya,
Menjadi pecah belah lah sesuatu komuniti,
Itu lah kehidupan.
Berkawan selama mana pun tapi tak jujur,
Lama mana pun tapi tak percaya,
Semua tu boleh lenyap sekelip mata,
Itu lah kehidupan.
Buat baik macam mana sekalipun tapi tak dihargai,
Jaga sangat hati orang sampai hati sendiri disakiti,
Rasa macam jadi orang bodoh diri ni,
Itu lah kehidupan.
Bila dalam percintaan diduakan,
Berjanji setia sehidup semati,
Itu semua tak berguna lagi,
Itu lah kehidupan.
Apabila sayang orang nak mati,
Percaya orang gila babi,
Hati akan kecewa merana ada siapa ambil kira ?
Itu lah kehidupan.
Mengapa menduakan jika benar cinta,
Perlakuan macam orang tidak punya perasaan,
Kau rasakan nanti bila kena setepek di muka sendiri,
Itu lah kehidupan.
Berkawan lah dengan sesiapa saja,
Tiada istilah rampas kawan dalam persahabatan,
Kawan adalah untuk ditinggalkan ?
Itu lah kehidupan.
Hidup satu kawasan tapi mulut keras,
Mata menjeling bagai nak juling,
Senyap dengan hala tuju sendiri,
Itu lah kehidupan.
Bermusuh bagai tak pernah berbaik,
Lagi nak penghujung,
Lagi rancak perangnya,
Itu lah kehidupan.
Sebab seorang lelaki tak guna,
Si puteri jadi bodoh tak guna,
Mengharap belas tapi tak didengari oleh siapa,
Itu lah kehidupan.
Banyak lagi benda bila kita bercakap pasal kehidupan. Yang rasa, yang pernah lalui semua tahu lah macam mana. Sanggup tak sanggup je lah nak hadapi itu semua. Kalau rasa kuat pasti kau tahu macam mana cara hadapinya kalau tidak terkangkang lah kau dekat situ menanggung derita kesakitan. Suatu hari nanti orang yang membuat kau sakit akan rasa benda yang sama sebab hidup ini ada karma dan bumi ini bulat. Mana nak lari ? Haha. Jangan menyesal waktu tu lah. Tak guna lagi. Jatuhkan orang pandai tapi bila kau yang jatuh nanti aku ucapkan tahniah. Kita tengok langit tinggi ke rendah. Wasalam.