Wednesday, 29 May 2013

Aku terima

Kau datang kepada aku. Kau buat aku rasa gembira malam itu. Kau berikan apa yang aku suka. Kau buat aku senyum dan ketawa semula. Kau buat aku bahagia. Kau buat aku gembira. Tapi dengan sekelip mata semua itu hilang. Macam magic kan ? Satu persatu keluar dari mulut kau aku rasa macam peluru yang tembus dekat hati aku. Aku kau buat macam patung tak bernyawa yang tak punya perasaan. Aku fikir kau dah betul sedar dan menyesal tapi rupanya agenda kau semata. Never lies because it will reveal the truth. Kalau kau tak mahu ditipu so jangan menipu. Aku benci orang yang tipu berkaitan agama seolah kau tak percaya kekuasaan Allah. 

Bila aku sayang someone, instinct aku kuat dekat orang tu. Aku tahu dia tipu atau tak. Tapi sebab aku percaya dekat kau, aku buat bodoh, aku anggap itu andaian aku. Tapi bila keluar dari mulut kau sendiri aku terkejut. Instinct aku tak tipu dan kuat kan sayang aku dekat kau ? Kau bodoh tak hargai orang yang sayang engkau sepenuh hati. Aku maafkan kau sesenang senangnya dan aku terima kau semula. Kau tahu sebab apa ? Sebab aku sayang kau. Tapi lagi sekali, kau bodoh tak nampak apa yang depan mata. Aku terima semua ni sebab aku tahu Allah sedang menguji aku. Aku tak akan balas tapi biar Allah yang tentukan kerana Dia yang Maha Adil. Biarlah semua jadi kenangan dan jadi pengajaran untuk aku. 

Semoga kau bahagia dan jangan ganggu aku lagi. Tapi mugkin aku akan cari kau untuk pulangkan apa yang aku pinjam dan ambil apa yang aku tinggalkan. Aku nak lupakan kau dan anggap aku tak pernah kenal kau. Ya Allah, kau lupakan lah dia dari ingatan aku ini, kau buang jauh rasa sayang dan cinta aku terhadapnya, sesunggguhnya aku tak mahu mengingatinya lagi dan dia tak layak aku sayangi. Aku terima apa yang berlaku Ya Rahman. Aku tahu dan percaya di sebalik semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Amin.