Aku jumpa ini. Aku
rasa sedih bila dengar lagu ni. Tak tahu kenapa mungkin aku tak jumpa lagi
seseorang yang akan bimbing aku, yang ubah aku dan bawa aku ke landasan yang
betul. Aku nak tahu, nak tahu sangat siapakah empunya rusuk dalam tubuh ini.
Aku tahu Allah saja yang tahu siapa empunyanya. Biarlah ia hadir sendiri. Aku
malas mahu mencari. Lagi aku cari lagi banyak berjumpa dengan orang yang salah
dan lagi aku hanyut dengan hasutan. Fahami.